hari ni 8 dis, genaplah usia aku 39 tahun, pejam celik,pejam celik dah hampir nk masuk 40an. Walaubagaimapon aku bersyukur,kerana masih lagi diberi kesihatan yang baik,supaya dalam melaksanakan tugas seharian. semalam 7 dis, genap jugak usia perkahwinan aku bersama isteri tersayang 16 tahun. semalam jugak dalam perbarisan semperna 3 tahun penubuhan KDSB,aku telah dianugerahkan sebagai bintara terbaik bg tahun 2012.
Cari Blog Ini
Jumaat, 7 Disember 2012
Sabtu, 17 November 2012
telaga 7
Telaga 7 antara salah satu air terjun yang terdapat di Pulau Langkawi. Pengunjung mempunyai pilihan selain dari mengunjungi pantai dan pulau, pegunjung boleh juga mengunjungi air terjun.
Sabtu, 29 September 2012
Assalamualaikum. lama sudah aku tak buka blog aku ni.dah hampir dekat2 4 bulan sudah berlalu. Maklumlah kesibukan tugas masa terlalu cemburi pada waktu ini, lebih2 lagi beberapa minggu lepas kerja siang malam sabtu ahad pon balun,untuk persijilan 5S ditempat kerja aku. Apa2 pon keletihan tu,berbaloi juga kerana telah berjaya dipersijilkan dengan Amalan 5S dengan markah yang cemerlang 90.5%. dalam masa 3 bulan punya projek. Orng lain selalunya lantik konsultan untuk buat,tapi kami buat sendiri. apa2 tahniah untuk semua dan diri sendiri hehehe.
Sabtu, 21 Julai 2012
Meriam Buluh
tentu anda masih ingat dengan meriam buluh ni, bulan bulan ramadhan tiba, pasti kedegaran bunyi meriam ni di kampung2 pada sebelah malamnya, tapi kini rasanya jarang2 sudah,kerana ada larangan bermain meriam boleh. walaubagaimana pon ia satu nostalgia.
Selasa, 12 Jun 2012
Sabtu, 28 April 2012
Navy Day ke 78
Hari TLDM yang ke 78, amat bermakna bagi aku, kerana pada perbarisan hari tersebut aku dan isteri masing2 menerima sijil pada perbarisan tersebut. ia merupakan pengalaman manis sepanjang perkhidmatan.
Sabtu, 25 Februari 2012
Chak Pelong
Layang2
Ramai yang masih ingat di zaman kanak2 dulu-dulu. kalau musim panas terutama bila masa padi selesai diambil. Ramai budak main layang-layang kerana tanah bendang kering, sesuai la untuk main layang-layang. Bezanya layang2 dulu dengan sekarang. Orang dulu2 buat layang2 dari bahan semulajadi seperti buluh atau lidi, kertas kajang atau surat khabar. dan gam pulak dari tepung ubi, kalau yang tak ada duit nk beli gam, tampal jer guna susu getah sekerap hehehe. Lain pulak zaman sekarang, beli jer wau yang dh siap dari kilang yang di buat daripada plastik. itulah zaman dah berubah semua benda dah senang.
Sukan Santai dan Selamat
buah jambu
Ahad, 12 Februari 2012
Sabtu, 11 Februari 2012
Buah Kembang Semangkok
Buah Kembang Semangkok + Biji Selasih + Getah Anggur. Memang sesuai di minum pada masa keadaan cuaca yang panas, supaya sejuk badan. Tetapi terlalu sukar jugak nak mencari buah kembang semangkok, Selalunya ianya kebanyakkan hanya terdapat di kedai kedai india sahaja. Puas jugak saya mencari, hanya kat kedai india saja yang ada. Teringat zaman sekolah dulu2, saya rakin jugak pi cari buah kembang semangkuk di hutan rimba takwa, taman peranginan sik.Buah kembang semangkok yang sudah masak, akan gugur bersama daun.bijinya terdapat di dalam daun.
Langgan:
Catatan (Atom)