10 Jun 11. Alhamdullilah dapat sekali lagi dapat berkumpul dengan rakan rakan, cuma kali ini dalam suasana lain sedikit. kali ini kami berkumpul dan berkhemah, lokasi yang di cari adalah Pantai Taman Lagenda, Langkawi. Tema yang kami bagi adalah Keluarga Bahagia kerana kebanyakkan telah pon berkeluarga, tetapi ada juga anggota bujang yang turut serta. Lebih kurang 16 khemah telah didirikan. Acara ini bermula seawal jam 4.30 petang dan berakhir pada jam 9.30 pagi keesokkan harinya. Yang paling menarik disini adalah pendekatan dan konsep yang kami guna pakai iaitu konsep gotong royong saling bantu membantu, disini dia siapa bos dan tiada siapa kuli, semuanya sama walaupun diantara kami terdiri dari berbagai latar belakang. banyak aktiviti telah dilaksanakan di mulai dengan acara cari bronok pada sebelah pagi untuk di buat kerabu, sebelah petang acara potong kek semperna hari jadi siti nurhani Umaira. Ada dikalangan kami terlalu teruja,sehingga seawal jam 4 petang sudah siap pasang khemah,sedangkan plan asal bermula jam 5.30 ptg. Memang menarik berbagai masakan dan makanan yang di bawa, antaranya BBQ ayam. Paling menarik turut serta zul dari bernama dan dj sue,dj Lyin, dj AA dan dj Lisham turut serta bersama kami. Acara Camp Fire pon ada. Aktiviti kami makan dan sembang sampai ke pagi, tak tido langsung. pada keesokkan pagi di sambung pulak gan bola tampar pantai. Aktiviti berakhir pada jam 9.30 pagi. Sememangnya kami semua terhibur dan paling gembira anak- anak dapat berpeluang berkhemah. Ucapan Jutaan terima kasih kami ucapan kepada pihak LADA kerana telah memberi kebenaran kepada pihak kami. Semoga xtvt ini akan berterusan. JANJI HAPPY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan