Bertemu kita kembali, jatuh cinta saya kali ke 2 pada Gunung Kinabalu. Dulu kali pertama saya daki pada tahun 2004. Disebabkan belum puas, saya telah mengambil keputusan untuk mendaki kali kedua pada 12 mac 2006. Kali ini saya buat sendiri berbanding dengan yang pertama di taja oleh Pihak TLDM. Perancangan telah di buat seawal 2 bulan dari tarikh mendaki. Saya telah mengumpul seramai 7 org dalam kumpulan saya. Sebulan sebelum pergerakkan, saya telah membuat tempahan di Pejabat Taman Kinabalu di Kota Kinabalu. Kos penginapan,guide,pengangkutan,insuran,permit mendaki dan sijil, lebih kurang setiap org dikehendaki membayar RM 135.00 (tidak termasuk makanan).
Kami mula bertolak ke Taman Negara pada 10 mac 2006, dengan kenderaan dari Kota Kinabalu seawal jam 6.00 pagi,dan sampai di Taman Negara Kinabalu jam 0730. Tanpa membuang masa kami terus mendaftar untuk mendaki. Guide kami pada kali ini John Nusir Siur, kami di bawa dengan kenderaan ke Timpohon Gate bagi memulakan pendakian ke puncak. Kami mula mendaki dari Timpohon Gate jam 09.00 pagi. Ini pendakian kali ke 2 saya, pengalaman pertama dulu, saya gunakan sepenuhnya. Bersama- sama kami pada kali ini budak2 Maktab Perguruan dari Tawau. Untuk pengetahuan pembaca sekiranya saudara tidak ingin membawa barang, ada perkhidmatan membawa barang ke atas, bayaran dikenakan 1 kg RM 3.00. Saya amat kagum dengan pekerja2 yg membawa barang ke atas puncak, kebanyakkan usia telah menjangkau ke 50 an termasuk wanita pon ada, begitu gigih membawa barang2. Cuma anda bayangkan 2 tong gas 14 kg setiap satu dibawa ke atas dengan selamba jer.
Saya dan kumpulan sampai di tempat penginapan Laban Rata jam 1.15 ptg. Kami ambil bilik yang dilengkapi dengan pemanas bilik. suhu kali ini tak sejuk mcm kali pertama saya mendaki sekitar 9c saja.
Pada jam 2.45 pagi kami mula mendaki ke Puncak. Saya memperlahankan langkah kerana nak bagi sampai lewat sedikit, untuk menikmati keindahan matahari terbit.Pengalaman pertama dahulu, sampai awal,keadaan masih gelap. Saya sampai ke Puncak untuk kali ke 2 pada jam 0730 pagi, dapatlah melihat pemandangan yang cantik, ketika matahari terbit.
Kami mula turun pada jam 0815 dan sampai di Taman Negara Kinabalu pada jam 4.30 ptg.
Terima Kasih Kinabalu,Jika umur panjang ada peluang lagi,sudah pasti saya akan menakluki lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan