Pada 1 jan 1993, titik permulaan dan perubahan dalam diri aku awam kepada tentera. Pada tarikh inilah aku di terima memasuki perkhidmatan dalam TLDM.
Bermula pada 23 hb Dis 1992, surat tawaran temuduga akhir di Pusat Latihan Rekrut TLDM Woodlands Singapura. Pada 22 dis 1992, aku bertolak dari butterworth menuju ke Johor Baharu. Dalam Keretapi tersebut terlalu ramai orang semuanya membawa dokumen x -ray seperti yang aku bawa,tapi di antara kami, masih tidak mengenali satu sama lain lagi.Masing-masing dengan hal sendiri.
Pada jam 6.00 pada 24 hb Dis, aku tiba di Johor Baharu, itu kali pertama menjejaki ke Johor. Dengan beberapa kawan yang sempat aku kenali beberapa jam lalu,dalam perjalanan tadi. Kami berkumpul ramai- ramai tidor di Stesen keretapi Johor Baharu kerana menunggu keesokan pagi,baru Pihak TLDM akan menguruskan kemasukan kami ke Woodlands Singapura.
Tepat jam 0800 pada 24 hb dis 1992, kami telah di bawa dengan trak 3 ton memasuki negara Singapura. Di Singapura kami telah ditempatkan di Pusat Latihan Rekrut TLDM Woodlands seramai lebih kurang 1000 lebih. Kami akan menjalani ujian akhir selama seminggu, siapa yang gagal akan dihantar pulang peringkat demi peringkat. Genap seminggu pada 1 Jan 1993, hari yang dinantikan nama- nama calon yang terpilih untuk menjalani rekrut TLDM di Berek TLDM Woodlands telah diumumkan seramai 352 org sahaja terpilih. Shukur alhamdulillah nama aku terpilih. Pada hari yang bersejarah itulah kami mengangkat sumpah.Kenangan mengangkat sumpah biarlah di jadikan kenangan seumur hidup, dan tak sanggup di ulangi untuk kali ke 2.Kami menjalani latihan di situ selama 6 bulan. terlalu banyak pengalaman pahit manis di situ. Alhamdullilah sehingga kini aku telah berkhidmat dalam perkhidmatan TLDM sudah 19 tahun. SEDIA BERKORBAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan