Bandar Tawau jika dari Kota Kinabalu ke Tawau menggunakan Kapal Terbang 45 minit. Jika menggunakan perkhidmatan bas 12 jam perjalanan. Apa yang menarik jika menggunakan perkhidmatan bas, penulis masih ingat pengalaman ketika bas Ekspers Tung Ma tambang pada masa itu RM50.00. Menariknya dalam perjalanan dari Ke Tawau terdapat 2 kali perhentian, di mana setiap perhentian yang bas tersebut berhenti kita boleh makan dengan menggunakan tiket bas tersebut dengan limit harga yang telah di tetapkan.
Menarik Tawau, makanan yang sedap, dan tempat membeli belah dengan harga yang berpatutan. Penulis masih ingat tempat menarik untuk membeli belah pada masa tersebut ice box. Tawau berjiran dengan indonesia iaitu nunukan dengan perjalanan dengan bot 45 minit.
Menarik lagi mengenai tawau ialah Pulau Sebatik di mana satu pulau di kongsi oleh 2 negara iaitu malaysia dan indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan