Pergalaman ketika berkunjung ke Taman Pertanian Sabah yang terletak di daerah perdalaman Tenom. Ada cara untuk ke sini pertama menggunakan perkhidmatan Keretapi Sabah. Yang menarik mengenai Keretapi Sabah kerana masih menggunakan arang sebagai bahan bakar. Tambang keretapi tersebut dari Tanjung Aru ke Tenom RM 7.00 perjalanan mengambil masa hampir 4 jam. Saya mengambil pilihan kedua dengan menggunakan kenderaan sendiri. Kami bertolak seawal jam 7.00 pagi bertolak ke Tenom melalui Gunung Emas, Tambunan dan Tenom. ini sajalah jalan yang boleh dihubungi dengan menggunakan kenderaan sendiri. Cerita pasai Gunung Emas, yang menarik disini, terdapat tempat peranginan tanah tinggi, dimana terdapat kemudahan Chalet di atas pokok pada ketinggian 20 metar di atas Gunung Emas. Chalet atas pokok dilengkapi semua kemudahan penginapan, katil, tandas seperti mana chalet - chalet yang terdapat di bawah. Saya rasa inilah kelainan yang dimiliki yang mana tidak terdapat di tempat lain.
Di Tambunan pulak terdapat sungai - sungai yang menarik. Disini jugak terdapat makam pahlawan iaitu makam Mat Saleh.
Tenom adalah tempat tanaman kopi terbesar di Sabah. Di Taman Pertanian Sabah, terdapat berbagai bagai taman antaranya buahan, buahan tropika, orkid, tumbuhan air, bunga kertas, binatang, ikan. Perkhidmatan tren disediakan untuk melawat setiap taman, kerana kawasannya amat luas. Penulis telah mengambil keputusan bermalam di chalet yang terletak di dalam Taman Pertanian Sabah, kelebihannya kita dapat merasa berbagai jenis buah-buahan di dalam taman tersebut secara percuma, tetapi tidak dibenarkan di bawa pulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan