semalan 2103 telah meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan, kisah suka, duka yang telah kita tempohari selama 12 bulan. Hari ini 1.1.14 datang lagi, bersyukur kepada ilahi kerana dengan izinnya dapat kita bertemu lagi di tahun 2014M dan 1435H. tidak banyak harapan yang di harapkan untuk tahun 2014, seperti biasa semoga diri ini dan keluarga semoga sentiasa berada di bawah lindungannya moga di beri kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan di jauhi segala perkara2 yang buruk, serta diberi kesabaran bg mengharungi liku2 dan cabaran di tahun 2014.
Cari Blog Ini
Selasa, 31 Disember 2013
Isnin, 16 Disember 2013
40 Thn Hepi Besday
hari jadi 40 tahun amat bermakna kali ini, dpt kad hr jadi dari pihak pengurusan tertinggi TLDM di Mawilla 3.
Bosun'n Call
bosun,n call satu alat yang sangat penting di gunakan seharian dalam perkhidmatan dalam TLDM, ia di gunakan semasa upacara menaik dan turun panji - panji, lawatan malam dan juga beberapa istiadat rasmi TLDM. Bosun'n dengan anggota memang tk dapat di pisahkan.
Ahad, 15 Disember 2013
Reunion 168/93
7.12.13 memang tarikh yg tk asing bg aku, kerana tarikh ni adalah tarikh hari ulang tahun aku yang ke 17 tahun bg tahun ni. tapi bg tahun ni yang bestnya 7.12.13 adalah tarikh reunion intek 168/93 yang telah diadakan di restoran dayang teluk batik. memang best sangat2 sb kami dh 21 tahun tk berjumpa, jd pada malam tersebut bila berjumpa tentu banyak kenangan dan cerita2 lama terkeluar, maklumlah 21 tahun perkara tersebut telah berlalu. banyak kenangan pahit manis yang kami sama2 hadapi semasa menjalani latihan rekrut di berek TLDM woodlands singapura 21 tahun dulu. kami berharap ini sebagai titik mula bg mengadakan perjumpaan pada masa akan datang kerana tahun depan ramai yang telah bersara dari perkhidmatan TLDM. harapan saya bg yang telah bersama semoga berjaya di sana nanti,bila dh jadi awam, bg yang memilih bg meneruskan perkhidmatan, selamat maju jaya.
7 dan 8 hb Dis 13
7 dan 8 Dis 13. dua tarikh yang amat bermakna. 7 hb dis 13 adalah hari ulangtahun perkahwinan tahun ni syukur alhamdulillah genap usia perkahwinan kami 17 tahun, semoga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat hendaknya. amin. 8 hb Dis 13 adalah hari lahir saya, untuk tahun ni genaplah usia saya 40 tahun. Alhamdulillah tahun ni, anak2 buat kejutan bg kek harijadi. istimewa sambut hr lahir untuk umur 40 tahun ni, sambut dengan mak, isteri anak2 dan adik2.( memang selama ni tk pernah sambut pon) semoga di beri kesihatan yang baik dan di permudahkan segala urusan seharian dan di berkati . amin tq buat isteri, emak, anak2 dan adik2 semua.
Rabu, 16 Oktober 2013
Sabtu, 12 Oktober 2013
Isnin, 8 April 2013
Assalamualaikum.semua.lama aku tak update blok ni.sb masa tak mengizinkan terlalu padat dengan xtvt di pangkalan.minggu lepas baru saja habis LIMA 13,dua hari lepas baru saja habis MCVD hari tentera bersama rakyat. aku cuba untuk tulis jugak sb 4.4.13 tinggal kenangan dan sejarah di mana sahabat baik aku dan juga anak buah di tempat kerja iaitu arwah Ahmad Faizal telah kembalai ke Rahmatullah pada 4.4.14 kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya berhampiran pangkalan TLDM.Arwah menaiki motosikal dan bertembung dengan sebuah van APMM,semasa dalam perjalanan pulang dari xtvt projek Jiwa Murni di Lubuk Semilang semperna hari MCVD. aku masih ingat lagi pada 4.4.13 kami semua warga pangkalan sibuk untuk persiapan MCVD hari tentera bersama rakyat di mana pelancarannya di lancarkan serentak di 32 kem tentera terpilih di seluruh negara.bagi kami Pangkalan TLDM di pilih bagi sambutan tersebut pada 5 hingga 7 Apr 13. Semasa sedang sibuk aku membuat persiapan hari MCVD,pada jam 1300 aku dan samsul berhenti rehat untuk makan tengahari,kami bercadang untuk makan tengahari di restoran dekat kedawang. dalam kereta semasa perjalanan ke kedawang,pada jam 1305 aku mendapat telefon dari Riduan mengatakan arwah terlibat dengan kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. aku tergaman seketika,seolah olah mcm tidak percaya.aku membatalkan niat untuk makan dan terus ke tempat kejadian. Aku masih ingat lagi kali terakhir berjumpa dengan arwah ialah semalam sehari sebelum arwah meninggal,dia ada datang ke pejabat aku dan bertanyakan kepada aku,bendera apakah yang kita guna pada keranda adakah bendera malaysia atau sea engzine . aku tanya dia nk buat apa. dia kata nk buat demand supaya senang jika ada kematian,mudah.sb bendara dah habis tiada stok. seolah olah arwah sudah tahu.masih aku teringat ingat lagi,kata kata tersebut. arwah di bawa ke hospital langkawi untuk post morten alhamdulillah semua urusan berjalan lancar dan di balik ke surau al aziz untuk di sembahyangkan. Arwah di bawa dengan menggunakan bot tempur cb90 pada jam 1825H. alhamdullilah di Jeti Kuala Kedah ramai rakan2 arwah menyambut dan mengiring jenazah hingga ke kampung halaman di selama perak. aku amat terasa kehilangan arwah kerana arwah adalah orang kuat dalam kelab kereta NLA Langkawi. semoga rohnya di cucuri rahmah allah dan di letakkan di kalangan org2 yang beriman. AL-FATIHAH
Jumaat, 22 Februari 2013
Langgan:
Catatan (Atom)