Cari Blog Ini
Isnin, 8 April 2013
Assalamualaikum.semua.lama aku tak update blok ni.sb masa tak mengizinkan terlalu padat dengan xtvt di pangkalan.minggu lepas baru saja habis LIMA 13,dua hari lepas baru saja habis MCVD hari tentera bersama rakyat. aku cuba untuk tulis jugak sb 4.4.13 tinggal kenangan dan sejarah di mana sahabat baik aku dan juga anak buah di tempat kerja iaitu arwah Ahmad Faizal telah kembalai ke Rahmatullah pada 4.4.14 kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya berhampiran pangkalan TLDM.Arwah menaiki motosikal dan bertembung dengan sebuah van APMM,semasa dalam perjalanan pulang dari xtvt projek Jiwa Murni di Lubuk Semilang semperna hari MCVD. aku masih ingat lagi pada 4.4.13 kami semua warga pangkalan sibuk untuk persiapan MCVD hari tentera bersama rakyat di mana pelancarannya di lancarkan serentak di 32 kem tentera terpilih di seluruh negara.bagi kami Pangkalan TLDM di pilih bagi sambutan tersebut pada 5 hingga 7 Apr 13. Semasa sedang sibuk aku membuat persiapan hari MCVD,pada jam 1300 aku dan samsul berhenti rehat untuk makan tengahari,kami bercadang untuk makan tengahari di restoran dekat kedawang. dalam kereta semasa perjalanan ke kedawang,pada jam 1305 aku mendapat telefon dari Riduan mengatakan arwah terlibat dengan kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. aku tergaman seketika,seolah olah mcm tidak percaya.aku membatalkan niat untuk makan dan terus ke tempat kejadian. Aku masih ingat lagi kali terakhir berjumpa dengan arwah ialah semalam sehari sebelum arwah meninggal,dia ada datang ke pejabat aku dan bertanyakan kepada aku,bendera apakah yang kita guna pada keranda adakah bendera malaysia atau sea engzine . aku tanya dia nk buat apa. dia kata nk buat demand supaya senang jika ada kematian,mudah.sb bendara dah habis tiada stok. seolah olah arwah sudah tahu.masih aku teringat ingat lagi,kata kata tersebut. arwah di bawa ke hospital langkawi untuk post morten alhamdulillah semua urusan berjalan lancar dan di balik ke surau al aziz untuk di sembahyangkan. Arwah di bawa dengan menggunakan bot tempur cb90 pada jam 1825H. alhamdullilah di Jeti Kuala Kedah ramai rakan2 arwah menyambut dan mengiring jenazah hingga ke kampung halaman di selama perak. aku amat terasa kehilangan arwah kerana arwah adalah orang kuat dalam kelab kereta NLA Langkawi. semoga rohnya di cucuri rahmah allah dan di letakkan di kalangan org2 yang beriman. AL-FATIHAH
Langgan:
Catatan (Atom)