Cari Blog Ini

Selasa, 31 Disember 2013

1.1.14

semalan 2103 telah meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan, kisah suka, duka yang telah kita tempohari selama 12 bulan. Hari ini 1.1.14 datang lagi, bersyukur kepada ilahi kerana dengan izinnya dapat kita bertemu lagi di tahun 2014M dan 1435H. tidak banyak harapan yang di harapkan untuk tahun 2014, seperti biasa semoga diri ini dan keluarga semoga sentiasa berada di bawah lindungannya moga di beri kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan di jauhi segala perkara2 yang buruk, serta diberi kesabaran bg mengharungi liku2 dan cabaran di tahun 2014.

Isnin, 16 Disember 2013

40 Thn Hepi Besday


hari jadi 40 tahun amat bermakna kali ini, dpt kad hr jadi dari pihak pengurusan tertinggi TLDM di Mawilla 3.

Bosun'n Call



bosun,n call satu alat yang sangat penting di gunakan seharian dalam perkhidmatan dalam TLDM, ia di gunakan semasa upacara menaik dan turun panji - panji, lawatan malam dan juga beberapa istiadat rasmi TLDM. Bosun'n dengan anggota memang tk dapat di pisahkan.

Ahad, 15 Disember 2013

Reunion 168/93

7.12.13 memang tarikh yg tk asing bg aku, kerana tarikh ni adalah tarikh hari ulang tahun aku yang ke 17 tahun bg tahun ni. tapi bg tahun ni yang bestnya 7.12.13 adalah tarikh reunion intek 168/93 yang telah diadakan di restoran dayang teluk batik.  memang best sangat2 sb kami dh 21 tahun tk berjumpa, jd pada malam tersebut bila berjumpa tentu banyak kenangan dan cerita2 lama terkeluar, maklumlah 21 tahun perkara tersebut telah berlalu. banyak kenangan pahit manis yang kami sama2 hadapi semasa menjalani latihan rekrut di berek TLDM woodlands singapura 21 tahun dulu. kami berharap ini sebagai titik mula bg mengadakan perjumpaan pada masa akan datang kerana tahun depan ramai yang telah bersara dari perkhidmatan TLDM. harapan saya bg yang telah bersama semoga berjaya di sana nanti,bila dh jadi awam, bg yang memilih bg meneruskan perkhidmatan, selamat maju jaya.

7 dan 8 hb Dis 13

7 dan 8 Dis 13. dua tarikh yang amat bermakna. 7 hb dis 13 adalah hari ulangtahun perkahwinan tahun ni syukur alhamdulillah genap usia perkahwinan kami 17 tahun, semoga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat hendaknya. amin. 8 hb Dis 13 adalah hari lahir saya, untuk tahun ni genaplah usia saya 40 tahun. Alhamdulillah tahun ni, anak2 buat kejutan bg kek harijadi. istimewa sambut hr lahir untuk umur 40 tahun ni, sambut dengan mak, isteri anak2 dan adik2.( memang selama ni tk pernah sambut pon) semoga di beri kesihatan yang baik dan di permudahkan segala urusan seharian dan di berkati . amin tq buat isteri, emak, anak2 dan adik2 semua.