Cari Blog Ini

Ahad, 20 April 2014

perbah 2 renang


lulus ujian renang adalah perkara wajib dalam TLDM. seseorang anggota TLDM mesti mahir dan lulus renang. jika ujian renang tak lulus, kenaikan pangkat dan gaji akan tersekat. bagi aku alhamdullilah telah lulus renang di Berek TLDM Woodlands, dalam pengambilan 168 seramai 352 org kurang dr 50 org lulus di woodlands, baki selebihnya mereka terpaksa menjalani latihan setiap pagi di KDP lumut, dan lulus berperingkat. dan ada juga sehingga hampir setahun baru lulus.

Sabtu, 19 April 2014

Juragan


seminggu lagi genaplah usia TLDM 80 tahun. pada tahun ni 27 apr 2014. TLDM akan menyambut hari ulang tahun yang ke 80.  bagi aku pulak genap aku berkhidmat selama 21 tahun dalam perkhidmatan TLDM. tak kala pada waktu ini kawan2 seangkatan masing2 sibuk sedang menjalani latihan peralihan mengikut bidang masing2, aku masih lagi memilih meneruskankan perkhidmatan ke 25 tahun. ini mungkin unit yang terakhir aku berkhidmatan atau mungkin masih ada satu lagi unit yang perlu aku habiskan, baki perkhidmatan 3 tahun lagi.

berek TLDM Woodlands

bila aku tgk baju ni, aku teringat masa menjalani latihan rekrut TLDM di Berek TLDM Woodlands Singapura pada 1 Jan 93. kini telah berlalu 21 tahun. baju ni masih elok dalam simpanan sebagai kenangan abadi. baju ni diberikan kepada rekrut yang telah mendapat keputusan A semasa ujian uji cergas dilaksanakan, bukan mudah nk dapat A, setiap kali dalam 10 atau 15 org jer yg dapat A. tapi last2 sekali semuanya akan dapat jugak.

Sabtu, 12 April 2014

Tiang Mas

Tiang Mas di gunakan setiap hari dalam upacara menaikan dan menurunkan panji2 setiap hari semasa matahari naik dan terbenam.