Cari Blog Ini

Isnin, 11 Julai 2016

Raya Aidil Fitri 2016

Alhamdulillah sambutan Aidil Fitri tahun ini cukup bermakna bagi aku, kerana tahun ini tahun pertama aku beraya dengan cuti yang agak selesa dan panjang, maklumlah sekarang aku dah peralihan. Jika dibandingkan 24 tahun dulu bila time nk raya mesti kena kerja atau pon cuti ikut giliran sebelum raya atau selepas raya. kalau ambik sebelum raya tamat cuti mesti jatuh pada hari raya kedua supaya memberi peluang kepada rakan lain pulak balik cuti beraya. kalau ambik selepas raya hari raya kedua baru bermula cuti apabila rakan yang bercuti sebelum raya akan melapor tugas dan ganti tempat kita. mcm tu lah 24 tahun dulu semasa dalam perkhidmatan jarang dpt raya hari raya pertama. semua tu tinggal kenangan....