Cari Blog Ini

Ahad, 11 Jun 2017

EX KD RAHMAT dalam Kenangan





Syukur Ex KD RAHMAT selamat di apungkan. Syabas kepada semua yang terlibat.

Terumbu Siput (RMN STA SIERRA)

Di awal penubuhannya dulu, aku adalah genrasi kedua selepas jenerasi pertama di tugaskan di cini sebagai Juragan Stasen Sierra mengantikan Juragan Pertama Coxn Ramli . Bersama kami pada waktu itu Juragan Karty bg awasan Merah dan aku Awasan Hijau . Coxn Dzul Coxn Bot Tempur Awasan Hijau, Sorang lagi coxn zaidi sebagai Juragan Bot Tempur Awasan Merah. Banyak Kenangan Pahit manis aku di sini selama 2 tahun lebih berkhidmat di cini. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis di cini, aku tk boleh nk cita, biarlah ia menjadi kenangan. Sedia Berkorban kepada sesiapa yang masih bertugas di sini., demi menjaga kedaulatan wilayah kita.












Percutian di Sabah (17 Apr - 22 Apr 17)

Aku mengambil keputusan untuk bercuti kali ini di negeri Sabah negeri di bawah Bayu. Bukannya tk pernah pergi sabahami. dulu pernah berkhidmatan di Sabah selama 3 tahun dan di Labuan selama 2 tahun setengah. Masa tu ank2 masih kecil lagi. Mereka asyik tanya mcm mana sabah, maklumlah hanya tengok foto dalam simpanan kenangan masa mereka masih kecil lagi.
Perjalanan kami bermula di Langkawi, kami bercuti dan bertolak balik ke Rumah mertua di Penang supaya keesokan pagi mudah pergerakan Kapal Terbang

Hari Pertama 17 Apr 17

Kami seramai 8 org bersama ibu aku dan adik aku, sepatutnya 9 anak aku yang kedua batal di saat akhir kerana menghadiri temuduga UPNM selama seminggu di Sg Petani tarikh yg sama pergerakkan kami,
Kami menaiiki pesawat AK 6113 pada Jam 1125H  bertolak ke KLIA2 kami sampai di KLIA2 pada jam 1225pm, di sana kami terpaksa menunggu Flight seterusnya untuk ke Labuan.
dari KLIA2 kami menaiki AK5172 pada jam 1715H dan tiba di Labuan pada Jam 1940H. Jika di Labuan kalau jam 1940 dikira sudah lewat banyak permis perniagaan sudah tutup. Sesampainya kami di Airport Labuan saya terus berurusan dengan tuan Kereta sewa yang telah saya Booking sebelum penerbangan. Saya menyewa 2 kenderaan iaitu VIVA dengan SAGA FLX dengan bayaran R100 untuk 2 buah kenderaan.
disebabkan hari dh agak lewat kamu terus ke penginapan Homestay SG,BERDAUN yang jaraknya lebih kurang 9KM dari Aiport Labuan. Lebih Kurang 2040H kami telah Check In Homestay di SG Berdaun. Homestay yang selesa 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik air harga RM150 Semalam.
Disebabkan perjalanan seharian perut pon dh lapar maklumlah makanan atas kapal Terbang bukan nya kenyang sangat, saya dan isteri serta ank2 keputusan untuk keluar mencari makanan. Diari samping itu berhajat nak cari Kakak angkat dulu semasa pernah berkhidmat di cini , Labuan rasanya rumah beliau masih saya ingat. lebih kurang 5 Minit dari penginapan kami sampai sudah rumah beliau. Setelah salam diberi beliau telah membuka pintu dan isteri memperkenalkan diri, alhamdulillah beliau masih ingat. Apa lagi panjang lebar la masing2 duduk sembang. hampir dekat sejam setengah kami berborak, kami mintak diri dulu untuk pergi mencari makan malam. waktu hampir jam 2230, saya pusing satu pekan labuan tak ada kedai makan yang buka semuanya sudah tutup. Nak cari kedai barang pon susah tutup habis. Ada la satu saya jumpa kedai runcit depan Tabung Haji saya pon membeli makanan ringan dan roti untuk alas perut sementara tunggu esok.kami pon balik ke Homestay jam hampir 2300, sunyi sepi. kami selesai alas perut terus tido.

18 Apr 17 ( hari ke2)

Pada Jam 0432 kami dikejutkan dengan laungan Azan subuh. di Labuan subuh masuk awal. Setelah kami semua bersiap , kami mengambil keputusan untuk Check Out awal. Jam 0645 kami dah Check Out dari Homestay. Perjalanan kami diteruskan lagi lokasi pertama kami ke Kiamsam iaitu  tempat penginapan bagi PATI. Dulu tempat ini adalah Rumah Keluarga TLDM saya sempat duduk di sini selama 2 tahun setengah sebelum pindah ke KOTA KINABALU.  Banyak kenangan di sini anak saya yang ketiga pon dilahirkan dicini. Pada mulanya saya agak takut nk masuk dalam kawasan tersebut maklumlah kawasan PATI, tapi disebabkan memang nk tengok jugak kenangan rumah dulu yg pnh saya duduki saya masuk jugak, saya ambik gambar dari dalam kereta dan saya berhenti hanya dalam 2minit saja, sebab keadaan dia macam tk berapa selamat, Jauh beza rumah tersebut amat usang tanpa penjagaan. Kami meneruskan perjalanan ke SK SG Bebuloh dimana sekolah anak2 saya bersekolah dulu, sekolah tersebut berwajah baru bangunan dan berbatu simen, dulu daif kelas hanya papan.Setelah selesai sesi bergambar kami terus ke kg Air BEBULOH LAUT. unit kampung di cini semua rumah berada di atas air. di Labuan ada 3 penempatan kg air iaitu BEBOLOH LAUT, RANCA-RANCA dan PATAU PATAU. kalau di RANCA-RANCA dan PATAU-PATAU terdapat Homestay untuk menginap. Dikesempatan saya cuba mencari kawan lama saya yang meniginap di BERBULOH LAUT, tapi tk ada rezeki saya pada pagi tersebut dia tiada kerana bekerja. Majoritinya penghuni di cini melayu berunai. Kami meneruskan perjalanan untuk pusing satu pulau labuan, kami bergerak melalui jalan UMS cawangan Labuan. kami singgah sarapan pagi di Pantai Batu Manikar.
Pantai Batu Manikar memang cantik sangat2 terutama bila waktu matahari terbit.
Setelah selesai makan kami meneruskan perjalanan ke KG Sg Lada dan berhenti bergambar di LAYANG LAYANG. kalau ikut sejarah rasanya disini zaman jepun serah diri dulu. Kalau tk betoi maaf noh. tk sempat nk baca sejarah. tapi memang ada kaitan gan sejarah Jepun la.
Kami meneruskankan perjalanan ;lagi ke Pantai Panchur Hitam dan Batu Manikar sama jugak pantai nya cantik. Kami bergerak ke Taman Burung Labuan melalui Chimmey Museum dan Taman Burung Labuan.
Kami terus bergerak ke Kerupang memalui Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan dan disebelahnya adalah TUDM Labuan. saya sempat singgah di Kian Yap iaitu tempat Markas Wilayah Laut 2 satu ketika dulu.
Saya meneruskan perjalanan ke Bandar Labuan dan singgah di Masjid Labuan. disebabkan kesuntukan masa memandangkan Feri  terakhir Ekpres ke KOTA KINABALU jam 1530. Pada Jam 1330 kami ke Jeti Labuan untuk mendapatkan tiket untuk ke KOTA KINABALU. Feri ekpres ke KOTA KINABALU mengambil masa hampir 4 Jam. Memandangkan masa panjang lagi nk sampai jam 1530, kami mengambil keputusan untuk menaiki Bot Laju ke Menumbuk. Masa yang diambil untuk ke menumbok kalau mengunakan Feri Kargo dalam sejam setengah, tapi dengan Bot Laju hanya 15 Minit - 20 minit. Memang laju sangat2 kalau sapa tk pnh naik memang menangis. saya berani naik pada waktu itu memandang keadaan air laut agak tenang tidak bergelora. Kalau tanya saya Safety atau tak, Memang tk Sefety tk sempat nk duduk, dan bergerak melambung lambung, Life Jacket pon tak pakai. Tawakall sajalah, emak saya pucat tk kata apa. Tapi alhamdulillah kami selamat sampai.
Tambang untuk BOT Laju Labuan-Menumbuk RM8,50.
Sesampai kami di Menumbok Bas Ekepres Menumbok ke KOTA KINABALU sudah pon tersedia. lebih kurang jam 1430 kami menaiki Bas Ekepres ke KOTA KINABALU dengan harga tamban RM18 seorang perjalanan lebih kurang 2 Jam setengah.
Perjalanan ke KOTA KINABALU melalui Kuala Penyu, Beufort, Papar, Penampang dan Kota Kinabalu.
Kami sampai di Kota Kinabalu lebih Kurang 1715, setelah urusan sewa kereta selesai kami terus ke Penginapan kami di Taman Indah Permai.
Taman Indah Permai atau dikenali IP jarak dengan KK lebih kurang 15km dekat dengan UMS dan lebih hampir dengan Pangkalan TLDM Teluk sepangar.
 Sebelum kami tiba di penginapan Indah Permai kami singgah makan di Resteron Keninggau yang memang cukup terkenal di Kota Kinabaliu, mereka ada 2 cawangan satu di Indah Permai dan satu lagi di Penampang dekat dengan kem lokkawi.

19 Apr (hr ke3)

Hari ke3 kami mula perjalanan kami ke Karambunai, tempat yang cantik, mempunyai lagoon mandi yang bersih dan cantik. Perjalanan hari ini sekitar bandaraya Kota Kinabalu, kami singgah di Pasar Pilipine untuk membeli cenderahati dan barang2 yang dikirim oleh kawan2, sebelah petang kami ke Monsopian di penampang, Monsopian adalah rumah kebudayaan masyarakat kadazan dusun. Apabila kami tiba di lokasi, emak dan adik tak mau turun kerana mereka lemah semangat, jadi kami pon tk jadi melawat walaupon sudah tiba di lokasi.
kami terus ke Tg Aru untuk menikmati matahari terbenam dan makan2.

20 Apr 17 (hr ke4)

Selepas sarapan pagi lebih kurang jam 0900, kami meneruskan perjalan ke Kundasang, perjalanan lebih kurang 2 Jam dr KK. Saya sempat singgah di SK tebobon tempat anak saya sekolah pada satu masa dahulu. Sempat merakam beberapa keping gambar, kami meneruskan perjalanan melalui Telipok , dan singgah mengisi minyak di Tamparuli. ( Untuk perhatian kalau tk isi minyak lepas ni tak akan jumpa stesan minyak hingga ke kundasang,) Kami meneruskan perjalanan melalui Jambatan Tamparuli. Selepas Jambatan Tamparuli bermulalah perjalanan pendakian sehingga sampai ke KUndasang jalan mendaki, lebih kurang mcm jalan Cameron Highlands cuma jalan agak besar mcm Timur Barat, Udara sejuk tk payah buka aircond, Pemandangan bukit bukau gunung ganang tersangat cantik berlatarbelakang Gunung Kinabalu. dengan kabus yang nyaman.
Setelah sejam lebih kami sampai di Pekan NABALU , ( tempat rehat dan tempat gerai jual hasil pertanian buah buahan dan kraftangan) berlatarbelakang Gunung Kinabalu, kalau tk ambik gambar rugi sangat2. Setelah selesai beli barang kami teruskan perjalanan ke TAMAN KINABALU (tempat orang mendaki Gunung Kinabalu. Dalamnya ada taman dan penginapan untuk ornag mendaki, cantik sangat2, Bayaran masuk Rm3, terdapat 2  trek untuk mendaki gunung kinabalu iaitu Mesilau dan Timpohon Gate, tiket ini jugak boleh digunakan untuk masuk ke Air Panas Poring di Ranau untuk hari yang sama)
 Kami sempat bergambar di cini dan kami sempat naik hingga Timpohon Gate, waktu ini hujan renyai2 dan berkabus , jd Gunung KInabalu tidak kelihatan.
Kami menruskan perjalanan kami ke Kundasang, tiba di kundasang lebih kurang jam 1515. Setelah Tuan Homestay menjenput kami di Bulatan Pekan Kundasang, kami bergerak ke perkampungan kebun sayur jarak lebih kurang 12 Km dari Pekan Kundasang, Jalan Mendaki lereng bukit kiri kanan kebun sayur. Kami menginap di Homestay Umies, dalam kebun sayur kiri kanan atas bawah semuanya sayur. Homestay ni ada 3 bilik tido 2 bilik air dan pemanas. cukup selesa luas semua kelengkapan dapur lengkap. Tuan Homestay org muslim, setiap bilik disediakan sejadah. memang puas hati sangat2. Homestay ni dekan Dairy Farm hanya 3 minit.
 Disebabkan hujan renyai2 hari dh agak lewat ptg, kami pon mula memasak. Untuk pengetahuan semua kami memang bw barang keperluan memasak, ikan dan sayur kami beli di Tamu Kundasang. Kalau tk bawa sebagai orng muslim susah nk cr kedai makan.
suhu sebelah petang 9C dan sebelah malam 5C, sejuk bangat, 

21 Apr (hr ke4)

Jam 0430 kami dh bangun dan solat subuh, dikesempatan ini kami dapat lihat gunung kinabalu terpanpang cukup indah pada waktu ini. (Untuk makluman kalau nk tgk gunung kinabalu dr Jam 0400- 0700 sebelum matahari keluar, kalau matahari keluar gunung kinabalu tidak dapat lihat, sebab itu perlu menigap di Kundasang) pada Jam 0530 kami bergerak ke Dairy Farm untuk menikmati pemandangan yg amat cantik sekali wajah gunung kinabalu. Walupon Dairy Farm jam 0800 baru buka, tapi ramai pelancong mengambil peluang untuk bergambar di hadapan Dairy Farm. Seteleh selesai bergambar kami kembali ke Homestay kami hanya jarak 3 minit dan menyiapkan sarapan serta makan tengahari. Jam 1230 kami check out dari Homestay dan meneruskan lawatan kami ke Kundasan War Memorial , setelah selesai lawatan di sana kami bergerak ke Pekan Ranau untuk mengisi minyak. Plan asal untuk ke Ladang Teh Sabah, Air Panas Poring dan Tagal. Tetapi disebabkan emak letih tk nak pi tempat tersebut, kami mengambil keputusan untuk pulang ke Kota Kinabalu. sebelum pulau kami singgah di Pekan Kundasang membeli sayur dan Ubi Manis. Kami bertolak ke Kota Kinabalu, dan kami singgah di Pekan Tamparuli untuk melawat  Rumah Terbalik. Bayaran Rumah Terbalik RM10.90.
Kami meneruskan perjalanan dan singgah di Pekan Menggatal dan Inanam. Sebelah petang kami sambung balik shoping di Pasar Pilipine.

22 Apr (hr ke5)

Setelah Sarapan Jam 0800 kami bergerak Airport Kota Kinabalu. Kami menaiki AK5109 jam 1055 ke KLIA2 sampai di KLIA2 1300H dan meneruskan perjalanan dengan AK6113 pada jam 1640 dan kami tiba di Langkawi pada jam 1755H











cuti2 Melaka

 walaupon melaka ini bukan kali pertama kami datang. ini mungkin kali ke4 dah, cuma beza kali ini beriadah pada bulan Ramadhan jadi letih la jugak jalan2. apa2 pon hepi dan enjoy demi ank2.







cari Baju Raya 2017

baru 3 hari puasa ramadhan, kami dh ronda2 cari baju raya. ambik peluang pi hantar anak daftar di UPNM dan terus shoping baju raya. Memang letih sangat2, tapi senang buat pilihan kerana org masih tidak ramai. memori puasa 2017



Daftar Ank UPNM

Pada 28 Mei 2017 bersamaan 2 Ramadhan, alhamdulillah telah selesai mendatar anak kedua Muhammad Ikram di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bertempat di Kem Sg,Besi. Pendaftaran seawal 0800 pagi dan berakhir jam 1500. 

Ahad, 1 Januari 2017

2.1.2017

hari ni dengan rasminya saya menjadi orang awam sepenuhnya. selama 24 tahun berkhidmat dalam tldm, lebih kurang 50% dari jumlah usia dihabiskan dalam perkhidmatan. TQ ATM.

Gaji TERAKHIR, Pas Cuti Terakhir. (1.1. 1993 2.1.2017)

1.1.1993 - 2.1.2017 (24 TAHUN) . 2.1.2017 hari ini adalah tamat perkhidmatan dari TLDM.
Gaji Terakhir dan Pas Cuti Terakhir.


 terima kasih tak terhingga pada perkhidmatan ATM dan TLDM Khasnya kerana telah diberi peluang dan ruang untuk berkhidmat. Sedia Berkorban