Cari Blog Ini

Sabtu, 31 Disember 2011

ABX 274 dalam kenangan...

Tetiba ja malam ni aku ingat kat ABX 274. ni no motor aku, yang pertama sekali aku beli ketika mula2 kerja dulu. Aku hanya sempat pakai 4 bulan ja,lepas tu lesap hingga ke hari ini,bangkai dia pon tak jumpa. Kejadian ini berlaku kira2 17 tahun dulu, motor ni hilang semasa aku berkunjung ke teluk batik. beli motor tu hutang 4 tahun, pakai 4 bulan, tiap2 bulan kena bayar jugak selama 4 tahun walaupun motor tak ada hehehe.insuran tak cover sb insuran third paty.

Sabtu, 17 Disember 2011

Family Trip

Dah lama tak conteng pada blog ni,maklumlah hujung tahun sibuk sikit,dengan perbagai aktiviti penghujung tahun,dan cuti kolah. dalam kesibukan, sempat jugak teman bersama-sama adik beradik membuat konvoi family bermula 8 hingga 11 dis ke cameron highlands-melaka-bahau-kuala pilah-nilai-teluk intan-pasir salak-teluk batik.

Isnin, 31 Oktober 2011

Tentang Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsaia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Ahad, 16 Oktober 2011

Renungan

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, karena kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu kedepan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita bisa mendengarkan semuanya dari dua sisi. Untuk bisa mengumpulkan pujian dan kritik dan menyeleksi mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak didalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin apapun kita, kita tetap kaya. Karena tidak akan ada satu orang pun yang bisa mencuri otak kita, pikiran kita dan ide kita. Dan apa yang anda pikiran dalam otak anda jauh lebih berharga dari pada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata, 2 telinga tapi kita hanya diberi 1 mulut. Karena mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh didalam tulang iga kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

saudaraku,

Inilah hidup kita, dengan segala nikmat yang diberikanNya. Maka tugas kita adalah memanfaatkan semua nikmatNya sebagai kendaraan kita untuk kembali kepadaNya.

Inilah hidup kita, yang dianugerahkanNya untuk kita agar kita bisa kembali kepadaNya dengan derajat yang lebih baik sebagai penghuni syurga yang indah tiada dua.

Sedikit renungan, semoga bermanfaat..

Rabu, 12 Oktober 2011

Ciri - Ciri Pemimpin:

* Berilmu
* Sifat Terpuji
* Sihat
* kepercayaan Diri Sendiri
* Visi dan Misi
* Mengawal Diri
* Berkeperimanusian
* Kemanpuan Berkomunikasi
* Mentor

Perpisahan Panglima Wilayah Laut 3

Kenangan bersama Panglima Wilayah Laut 3

Sabtu, 13 Ogos 2011

Meraikan harijaadi twin @ Laman Kasih

Selesai selesai sahaja sembahyang terawih, satu lagi acara meraikan harijadi anak idda. Menariknya ianya diadakan di Laman Kasih, majlis berlangsung sehingga jam 0130 pagi.




berbuka puasa @ pondok kasih 2/11



Alhamdulilah dapat berbuka puasa untuk kali ke 2 tahun ni gan kawan-kawan di pondok kasih

Berbuka Puasa @ Pondok Kasih


Berbuka puasa bersama kawan2 di pondok kasih .

Memori @ Labuan

Labuan adalah sebuah pulau yang cantik dan bersih.

Ahad, 31 Julai 2011

persaraan Dato Mat Som


BBQ @ Pantai Cenang





Layan BBQ @ Pantai Cenang., pada 30 hb Julai 11. Walaupun letih sb semalam baru saja berkhemah di Taman Lagenda. BBQ ini diadakan semperna menyambut kehadiran 38 pelajar dari sekolah menengah di perlis. Walaupon letih tetap enjoy.

perkhemahan group sempoi 2/11





kenangan perkhemahan group sempoi pada 29 julai di Taman Lagenda,Langkawi. ini nerupakan perkhemahan siri 2/11 untuk tahun ini. Perkhemahan bermula seawal jam 4 petang berakhir jam 9 pagi keesokan hari. ramai ahli-ahli Group Sempoi yang turut serta dan juga penglibatan dari ahli luar dari langkawi.Dj station radoi Langkawifm jugak turut hadir antaranya Dl Lynn,DJ Sue dan jugak Dj Lisham.
Berbagai aktivi yang telah dilaksanakan sepanjang perkhemahan tersebut. Semoga acara sebegini turut dijadikan acara tahunan Group Sempoi. Semuanya rata rata gembira dan enjoy.

Selasa, 26 Julai 2011

Pengalaman dan Kenangan



Alhamdulilah pada 23 dan 24 hb Julai 11, yang lalu dapat turut serta terlibat dalam Festival Padi Langkawi 2011 bertempat di Halaman Padi, Langkawi. Saya bersama dengan Group Sempoi terlibat sepenuh dalam membuat Pulut Udang sebanyak 2000 biji untuk beberikan kepada tetamu VVIP,VIP dan semua pengunjung secara percuma. Walaupun letih kerana terpaksa bersengkang mata selama 2 hari dalam menyediakn Pulut Udang untuk tetamu yang hadir, saya merasa puas dan bangga.

Pesta laman Padi

Kenangan ketika terlibat dengan Festival Padi Langkawi 2011 di Halaman Padi Langkawi

Sabtu, 16 Julai 2011

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu! Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.


Tuhan kami Yang Maha Pengasih,

Engkau bukan hanya pengasih,
tapi kami tahu Engkau juga sangat mudah
merasa kasihan kepada kami
yang kurang mampu tapi tetap berusaha,
yang tertindas tapi tetap berlaku adil,
yang terperdaya tapi tetap berlaku jujur,
dan yang hampir putus harapan
tapi tetap memelihara iman.

Tuhan Yang Maha Sejahtera,

Selamatkanlah kami, damaikanlah hati kami,
dan sejahterakanlah hidup kami.

Amin

Ahad, 10 Julai 2011

Alat terpenting

alat yang digunakan setiap hari, untuk upacara menaik dan turun panji2 di dalam TLDM.

Ahad, 3 Julai 2011

Tinggal Kenangan

Inilah kapal pertama aku berkhidmat lebih kurang 18 tahun yang lalu. Terlalu banyak kenangan di sini.
Namum semuanya ia sebuah kenangan buat diri aku dan jugak negara kerana kapal ini tidak ada lagi di dalam perkhidmatan.

Hilangnya sebutir Mutiara


Inilah Pulau Batu Putih yang mana suatu masa dulu, menjadi pertikaian 2 buah negara antara Malaysia dan Singapora. Saya pernah terlibat dengan Operasi di kawasan ini hampir 2 tahun. Kes ini telah di bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang mana keputusan memihak kepada Singapora. ianya hanya tinggal kenangan dan sejarah.

Sabtu, 2 Julai 2011

Terjah

Dj AA Langkawifm kena terjah gan geng keluarga bahagia hehehe.

Kelah keluarga Bahagia 3/11

Alhamdullilah sempat jugak kami berkumpul bagi meraikan tetamu kami zul dari BERNAMA yang berkunjung ke langkawi. Secara sepontan jer, tetiba nk buat makan2 keluarga bahagia , sedangkan pada masa tu jam sudah 5.30 ptg. Zul free jam 8.00 malam ja. Kami sepakat gotong royong di kedai Chef Rani menyediakan Stemboot,Makaroni, Mee Hoon,Nugget dan beberapa jenis makanan ringan. Tepat jam 7.00 kami berkumpul di Taman Permainan Kuah, siap bawa dapur masak lagi. Kelakar la pulak,mana pernah di buat orang. Apa apa semua yang hadir enjoy dan happy. Turut hadir semua rakan rakan dari family bahagia dan tetamu pada malam tersebut Zulkifli Bujang dari BERNAMA, Dj Lyin dan Dj Sue dari Langkawifm.

kenangan

Satu kenangan yang paling seronok berkhidmat di PTKK. Aku pernah berkhidmat di sini selama lebih kurang 4 tahun. Aku adalah Generasi pertama memasuki PTKK. Pada awal pembinaannya kami di tempatkan di Inanam, Likas bagi memantau projek tersebut. Pada awal kemasukan anggota ke PTKK, masih belum ada bekalan air dan elektrik, dan kemudahan jalan raya. Kami berulang alik ke tempat kerja dengan menggunakan bot CB90H. Setiap hari setiap org akan membawa bekalan air bersih untuk tujuan melepaskan hajat hahaha. Penekatan yang kami ambik dengan membuat kolam dari sumber air dari bukit karambunai. Selepas itu, bekalan air di bekalkan dengan menggunakan lori tangki. Pada masa ini, PTKK boleh di banggakan kerana telah lengkap semua dengan kemudahan asas yang sempurna,termasuk masjid,sekolah dan HAT.

Kenangan 2

Di sini juga aku pernah berkhidmat selama 4 tahun. Banyak jugak pengalaman pahit manis selama 4 tahun di sini. Antaranya pernah terlibat dengan berbagai operasi di sini. Antara pengalaman pahit ketika boading kapal vietnam. Sesungguh semuanya dalam kenangan.

Kenangan 1

Sta Sierra dalam kenangan, aku pernah bertugas di sini selama 2 tahun. Amat getir pada waktu itu, terlalu banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi. Aku adalah generasi kedua selepas genarasi pertama di tugaskan di sini. terletak di lokasi........., lebih kurang 200 batu nautika dari Kota Kinabalu. Perjalanan menggunakan kapal selama 24 jam dan 1 jam jika menggunakan perkhidmatan helikopter. Semasa aku bertugas dulu, kami di tempatkan selama sebulan mengikut giliran. Ketika berada selama sebulan di sana, kami terputus terus hubungan dengan rakan2 dan juga keluarga.

Kebangaan Negara

Selamat datang Wira Negara.

Berkongsi

Sama sama kongsi pekan hahaha

Pasar Siti Khadijah

Pasar Besar Siti Khadijah yang terletak di tengah bandar Kota Bahru Kelantan, mempunyai keunikan tersendiri. Bermacam macam jenis perniagaan di sini bermula dari ikan,ayam.daging,sayur-sayuran, buah-buahan,pakaian, makanan dan macam macam lagi
Harga yang di tawarkan memang murah. Kepada sesiapa yang gemar kuih muih bermacam macam kuih yang boleh didapati di sini.

Tasik Kenyir

Satu ketika dulu semasa melawat Tasik Kenyir di Terengganu. Tasiknya amat luas, banyak aktiviti yang boleh di lakukan. Buat kaki pancing memang amat sesuai sekali.Kemudan Chalet, Bot dan juga tapak perkhemahan juga di sediakan.

layan

Melayan telatah anak-anak di Taman Tema Bukit Gambang yang terletak di Kuantan,Pahang Darul Makmur.

Jumaat, 1 Julai 2011

Indahnya Masjid


Masjid Rantau Panjang, senibina lain daripada yang lain. Cantik sangat. Semoga dapat menarik minit lebih ramai org lagi untuk ke masjid yer.

Selasa, 28 Jun 2011

Doa

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI

ORANG YANG KITA CINTAI,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI

ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN

OLEH-MU KEPADAKU,

MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH

KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,

CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,

BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,

YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,

CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,

JIKA AKU JATUH CINTA,

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

YA RABBANA,

JIKA AKU JATUH HATI,

JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,

JIKA AKU RINDU,

RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,

JIKA AKU RINDU,

JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.

YA ALLAH,

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,

JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU

YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,

JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,

JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Isnin, 27 Jun 2011

Bukit Tinggi

Percutian di Bukit Tinggi, Pahang sesuatu kelainan dari tempat - tempat percutian tanah tinggi yang lain. Di sini ada ala-ala pekan inggeris sedikit. itu yang membezakan lain dari yang lain.
Di ini jugak terdapat taman jepun, suasananya serupa macam di Jepun.

Ladang Anggur

Ladang Anggur Beris , terletak lebih kurang 20 km dari Pekan Sik, Kedah. Ladang ini terletak berhampiran dengan Tasik Beris.

Sg Golok

Cuba anda tengok dekat saja, di seberang sana adalah Thailand. Saya ambik gambar ni ketika berkunjung ke pekan Rantau Panjang. Bayaran tambang untuk menyeberangi Sg Golok ni cuma rm1.00. jarak lebih kurang 10 metar jer.