Satu kenangan yang paling seronok berkhidmat di PTKK. Aku pernah berkhidmat di sini selama lebih kurang 4 tahun. Aku adalah Generasi pertama memasuki PTKK. Pada awal pembinaannya kami di tempatkan di Inanam, Likas bagi memantau projek tersebut. Pada awal kemasukan anggota ke PTKK, masih belum ada bekalan air dan elektrik, dan kemudahan jalan raya. Kami berulang alik ke tempat kerja dengan menggunakan bot CB90H. Setiap hari setiap org akan membawa bekalan air bersih untuk tujuan melepaskan hajat hahaha. Penekatan yang kami ambik dengan membuat kolam dari sumber air dari bukit karambunai. Selepas itu, bekalan air di bekalkan dengan menggunakan lori tangki. Pada masa ini, PTKK boleh di banggakan kerana telah lengkap semua dengan kemudahan asas yang sempurna,termasuk masjid,sekolah dan HAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan