Cari Blog Ini

Ahad, 31 Julai 2011

persaraan Dato Mat Som


BBQ @ Pantai Cenang





Layan BBQ @ Pantai Cenang., pada 30 hb Julai 11. Walaupun letih sb semalam baru saja berkhemah di Taman Lagenda. BBQ ini diadakan semperna menyambut kehadiran 38 pelajar dari sekolah menengah di perlis. Walaupon letih tetap enjoy.

perkhemahan group sempoi 2/11





kenangan perkhemahan group sempoi pada 29 julai di Taman Lagenda,Langkawi. ini nerupakan perkhemahan siri 2/11 untuk tahun ini. Perkhemahan bermula seawal jam 4 petang berakhir jam 9 pagi keesokan hari. ramai ahli-ahli Group Sempoi yang turut serta dan juga penglibatan dari ahli luar dari langkawi.Dj station radoi Langkawifm jugak turut hadir antaranya Dl Lynn,DJ Sue dan jugak Dj Lisham.
Berbagai aktivi yang telah dilaksanakan sepanjang perkhemahan tersebut. Semoga acara sebegini turut dijadikan acara tahunan Group Sempoi. Semuanya rata rata gembira dan enjoy.

Selasa, 26 Julai 2011

Pengalaman dan Kenangan



Alhamdulilah pada 23 dan 24 hb Julai 11, yang lalu dapat turut serta terlibat dalam Festival Padi Langkawi 2011 bertempat di Halaman Padi, Langkawi. Saya bersama dengan Group Sempoi terlibat sepenuh dalam membuat Pulut Udang sebanyak 2000 biji untuk beberikan kepada tetamu VVIP,VIP dan semua pengunjung secara percuma. Walaupun letih kerana terpaksa bersengkang mata selama 2 hari dalam menyediakn Pulut Udang untuk tetamu yang hadir, saya merasa puas dan bangga.

Pesta laman Padi

Kenangan ketika terlibat dengan Festival Padi Langkawi 2011 di Halaman Padi Langkawi

Sabtu, 16 Julai 2011

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu! Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.


Tuhan kami Yang Maha Pengasih,

Engkau bukan hanya pengasih,
tapi kami tahu Engkau juga sangat mudah
merasa kasihan kepada kami
yang kurang mampu tapi tetap berusaha,
yang tertindas tapi tetap berlaku adil,
yang terperdaya tapi tetap berlaku jujur,
dan yang hampir putus harapan
tapi tetap memelihara iman.

Tuhan Yang Maha Sejahtera,

Selamatkanlah kami, damaikanlah hati kami,
dan sejahterakanlah hidup kami.

Amin

Ahad, 10 Julai 2011

Alat terpenting

alat yang digunakan setiap hari, untuk upacara menaik dan turun panji2 di dalam TLDM.

Ahad, 3 Julai 2011

Tinggal Kenangan

Inilah kapal pertama aku berkhidmat lebih kurang 18 tahun yang lalu. Terlalu banyak kenangan di sini.
Namum semuanya ia sebuah kenangan buat diri aku dan jugak negara kerana kapal ini tidak ada lagi di dalam perkhidmatan.

Hilangnya sebutir Mutiara


Inilah Pulau Batu Putih yang mana suatu masa dulu, menjadi pertikaian 2 buah negara antara Malaysia dan Singapora. Saya pernah terlibat dengan Operasi di kawasan ini hampir 2 tahun. Kes ini telah di bawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang mana keputusan memihak kepada Singapora. ianya hanya tinggal kenangan dan sejarah.

Sabtu, 2 Julai 2011

Terjah

Dj AA Langkawifm kena terjah gan geng keluarga bahagia hehehe.

Kelah keluarga Bahagia 3/11

Alhamdullilah sempat jugak kami berkumpul bagi meraikan tetamu kami zul dari BERNAMA yang berkunjung ke langkawi. Secara sepontan jer, tetiba nk buat makan2 keluarga bahagia , sedangkan pada masa tu jam sudah 5.30 ptg. Zul free jam 8.00 malam ja. Kami sepakat gotong royong di kedai Chef Rani menyediakan Stemboot,Makaroni, Mee Hoon,Nugget dan beberapa jenis makanan ringan. Tepat jam 7.00 kami berkumpul di Taman Permainan Kuah, siap bawa dapur masak lagi. Kelakar la pulak,mana pernah di buat orang. Apa apa semua yang hadir enjoy dan happy. Turut hadir semua rakan rakan dari family bahagia dan tetamu pada malam tersebut Zulkifli Bujang dari BERNAMA, Dj Lyin dan Dj Sue dari Langkawifm.

kenangan

Satu kenangan yang paling seronok berkhidmat di PTKK. Aku pernah berkhidmat di sini selama lebih kurang 4 tahun. Aku adalah Generasi pertama memasuki PTKK. Pada awal pembinaannya kami di tempatkan di Inanam, Likas bagi memantau projek tersebut. Pada awal kemasukan anggota ke PTKK, masih belum ada bekalan air dan elektrik, dan kemudahan jalan raya. Kami berulang alik ke tempat kerja dengan menggunakan bot CB90H. Setiap hari setiap org akan membawa bekalan air bersih untuk tujuan melepaskan hajat hahaha. Penekatan yang kami ambik dengan membuat kolam dari sumber air dari bukit karambunai. Selepas itu, bekalan air di bekalkan dengan menggunakan lori tangki. Pada masa ini, PTKK boleh di banggakan kerana telah lengkap semua dengan kemudahan asas yang sempurna,termasuk masjid,sekolah dan HAT.

Kenangan 2

Di sini juga aku pernah berkhidmat selama 4 tahun. Banyak jugak pengalaman pahit manis selama 4 tahun di sini. Antaranya pernah terlibat dengan berbagai operasi di sini. Antara pengalaman pahit ketika boading kapal vietnam. Sesungguh semuanya dalam kenangan.

Kenangan 1

Sta Sierra dalam kenangan, aku pernah bertugas di sini selama 2 tahun. Amat getir pada waktu itu, terlalu banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi. Aku adalah generasi kedua selepas genarasi pertama di tugaskan di sini. terletak di lokasi........., lebih kurang 200 batu nautika dari Kota Kinabalu. Perjalanan menggunakan kapal selama 24 jam dan 1 jam jika menggunakan perkhidmatan helikopter. Semasa aku bertugas dulu, kami di tempatkan selama sebulan mengikut giliran. Ketika berada selama sebulan di sana, kami terputus terus hubungan dengan rakan2 dan juga keluarga.

Kebangaan Negara

Selamat datang Wira Negara.

Berkongsi

Sama sama kongsi pekan hahaha

Pasar Siti Khadijah

Pasar Besar Siti Khadijah yang terletak di tengah bandar Kota Bahru Kelantan, mempunyai keunikan tersendiri. Bermacam macam jenis perniagaan di sini bermula dari ikan,ayam.daging,sayur-sayuran, buah-buahan,pakaian, makanan dan macam macam lagi
Harga yang di tawarkan memang murah. Kepada sesiapa yang gemar kuih muih bermacam macam kuih yang boleh didapati di sini.

Tasik Kenyir

Satu ketika dulu semasa melawat Tasik Kenyir di Terengganu. Tasiknya amat luas, banyak aktiviti yang boleh di lakukan. Buat kaki pancing memang amat sesuai sekali.Kemudan Chalet, Bot dan juga tapak perkhemahan juga di sediakan.

layan

Melayan telatah anak-anak di Taman Tema Bukit Gambang yang terletak di Kuantan,Pahang Darul Makmur.

Jumaat, 1 Julai 2011

Indahnya Masjid


Masjid Rantau Panjang, senibina lain daripada yang lain. Cantik sangat. Semoga dapat menarik minit lebih ramai org lagi untuk ke masjid yer.