Cari Blog Ini

Selasa, 28 Jun 2011

Doa

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI

ORANG YANG KITA CINTAI,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI

ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN

OLEH-MU KEPADAKU,

MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH

KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,

CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,

BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,

YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,

CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,

JIKA AKU JATUH CINTA,

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

YA RABBANA,

JIKA AKU JATUH HATI,

JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,

JIKA AKU RINDU,

RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,

JIKA AKU RINDU,

JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.

YA ALLAH,

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,

JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU

YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,

JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,

JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Isnin, 27 Jun 2011

Bukit Tinggi

Percutian di Bukit Tinggi, Pahang sesuatu kelainan dari tempat - tempat percutian tanah tinggi yang lain. Di sini ada ala-ala pekan inggeris sedikit. itu yang membezakan lain dari yang lain.
Di ini jugak terdapat taman jepun, suasananya serupa macam di Jepun.

Ladang Anggur

Ladang Anggur Beris , terletak lebih kurang 20 km dari Pekan Sik, Kedah. Ladang ini terletak berhampiran dengan Tasik Beris.

Sg Golok

Cuba anda tengok dekat saja, di seberang sana adalah Thailand. Saya ambik gambar ni ketika berkunjung ke pekan Rantau Panjang. Bayaran tambang untuk menyeberangi Sg Golok ni cuma rm1.00. jarak lebih kurang 10 metar jer.

Ahad, 26 Jun 2011

Kenangan Seumur Hidup d Woodlands

Pada 1 jan 1993, titik permulaan dan perubahan dalam diri aku awam kepada tentera. Pada tarikh inilah aku di terima memasuki perkhidmatan dalam TLDM.

Bermula pada 23 hb Dis 1992, surat tawaran temuduga akhir di Pusat Latihan Rekrut TLDM Woodlands Singapura. Pada 22 dis 1992, aku bertolak dari butterworth menuju ke Johor Baharu. Dalam Keretapi tersebut terlalu ramai orang semuanya membawa dokumen x -ray seperti yang aku bawa,tapi di antara kami, masih tidak mengenali satu sama lain lagi.Masing-masing dengan hal sendiri.
Pada jam 6.00 pada 24 hb Dis, aku tiba di Johor Baharu, itu kali pertama menjejaki ke Johor. Dengan beberapa kawan yang sempat aku kenali beberapa jam lalu,dalam perjalanan tadi. Kami berkumpul ramai- ramai tidor di Stesen keretapi Johor Baharu kerana menunggu keesokan pagi,baru Pihak TLDM akan menguruskan kemasukan kami ke Woodlands Singapura.
Tepat jam 0800 pada 24 hb dis 1992, kami telah di bawa dengan trak 3 ton memasuki negara Singapura. Di Singapura kami telah ditempatkan di Pusat Latihan Rekrut TLDM Woodlands seramai lebih kurang 1000 lebih. Kami akan menjalani ujian akhir selama seminggu, siapa yang gagal akan dihantar pulang peringkat demi peringkat. Genap seminggu pada 1 Jan 1993, hari yang dinantikan nama- nama calon yang terpilih untuk menjalani rekrut TLDM di Berek TLDM Woodlands telah diumumkan seramai 352 org sahaja terpilih. Shukur alhamdulillah nama aku terpilih. Pada hari yang bersejarah itulah kami mengangkat sumpah.Kenangan mengangkat sumpah biarlah di jadikan kenangan seumur hidup, dan tak sanggup di ulangi untuk kali ke 2.Kami menjalani latihan di situ selama 6 bulan. terlalu banyak pengalaman pahit manis di situ. Alhamdullilah sehingga kini aku telah berkhidmat dalam perkhidmatan TLDM sudah 19 tahun. SEDIA BERKORBAN

D Saigon Vietnam

Saigon atau Hu Chin Minh Vietnam, tempat menarik yang patut untuk di lawatan. Rakyatnya ramah dan senang bertutur dalam bahasa malaysia. Kubu Perang bawah tanah suatu tempat sejarah yang menarik.

Apa yang menarik perhatian penulis jugak,terdapat banyak kenderaan motosikal yang paling best, mereka menggunakan isyarat bunyikan hon untuk membelok ke kanan atau ke kiri, tanpa menggunakan lampu signal. Hon lebih penting daripada lampu signal.

Di pasarnya terdapat berbagai jenis kain dan cenderahati, kain sutera serendah rm20.00 sepasang mudah didapati. Urus niaga boleh dilakukan dengan menggunakan Dong, Ringgit atau Dollar.

Macam - macam jenis masakan dan buah - buahan dengan harga yang murah.

D Batam

Betoi ada pepatah melayu berkata hujan emas d negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di tempat kita.

Pengalaman berkunjung ke Batam Indonesia tidak seperti yang penulis harapkan, semangat berkobar bokar hilang apabila menjejaki di tanah batam. Apa tidaknya keadaannya macam biasa saja, belum maju, bekalan air bersih pon sukar. Kami terpaksa menyewa hotel semata-mata untuk mandi.

Apa yang menarik di Batam, terdapat jambatan gantung yang panjang berhampiran perkampungan kaum Batak. Barang-barang agak mahal kerana kebanyakkannya datang dari singapura.

Suatu Ketika Dulu

Pengalaman ketika habis sekolah, dulu ,masa habis sekolah sempat jugak la kerja kilang sekitar Mak Mandin dan Prai dalam setahun jugak.

Tawau

Bandar Tawau jika dari Kota Kinabalu ke Tawau menggunakan Kapal Terbang 45 minit. Jika menggunakan perkhidmatan bas 12 jam perjalanan. Apa yang menarik jika menggunakan perkhidmatan bas, penulis masih ingat pengalaman ketika bas Ekspers Tung Ma tambang pada masa itu RM50.00. Menariknya dalam perjalanan dari Ke Tawau terdapat 2 kali perhentian, di mana setiap perhentian yang bas tersebut berhenti kita boleh makan dengan menggunakan tiket bas tersebut dengan limit harga yang telah di tetapkan.

Menarik Tawau, makanan yang sedap, dan tempat membeli belah dengan harga yang berpatutan. Penulis masih ingat tempat menarik untuk membeli belah pada masa tersebut ice box. Tawau berjiran dengan indonesia iaitu nunukan dengan perjalanan dengan bot 45 minit.

Menarik lagi mengenai tawau ialah Pulau Sebatik di mana satu pulau di kongsi oleh 2 negara iaitu malaysia dan indonesia.

Sepilok

Sepilok Sandakan Sabah, terkenal dengan Pusat Pemulihan OrangUtan. Dari bandar Sandakan lebih kurang 15 km, perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Kenangan d Kampung Air

Kenangan di perkampungan air di Kg Bebuloh Laut, Labuan. Kampung air yang tersusun cantik. Kebanyakkan org kampung di sini Melayu Berunai. Selain di sini terdapat jugak kampung air ranca-ranca di mana terdapat homestay di sini.

Berkhemah Di Karambunai,Sabah

Karambunai adalah salah satu tempat perlancongan yg terkenal di Sabah.Bentuknya yang berlagoon amat sesuai utk beriadah bersama keluarga.Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti permainan air,tapak perkhemahan,sukan air,tapak bbq,kemudahan tandas yang bersih,perkhidmatan sewa khemah dan lain-lain lagi.Bayaran yang di kenakan amat berpatutan.

Sabtu, 25 Jun 2011

Taman Pertanian Sabah

Pergalaman ketika berkunjung ke Taman Pertanian Sabah yang terletak di daerah perdalaman Tenom. Ada cara untuk ke sini pertama menggunakan perkhidmatan Keretapi Sabah. Yang menarik mengenai Keretapi Sabah kerana masih menggunakan arang sebagai bahan bakar. Tambang keretapi tersebut dari Tanjung Aru ke Tenom RM 7.00 perjalanan mengambil masa hampir 4 jam. Saya mengambil pilihan kedua dengan menggunakan kenderaan sendiri. Kami bertolak seawal jam 7.00 pagi bertolak ke Tenom melalui Gunung Emas, Tambunan dan Tenom. ini sajalah jalan yang boleh dihubungi dengan menggunakan kenderaan sendiri. Cerita pasai Gunung Emas, yang menarik disini, terdapat tempat peranginan tanah tinggi, dimana terdapat kemudahan Chalet di atas pokok pada ketinggian 20 metar di atas Gunung Emas. Chalet atas pokok dilengkapi semua kemudahan penginapan, katil, tandas seperti mana chalet - chalet yang terdapat di bawah. Saya rasa inilah kelainan yang dimiliki yang mana tidak terdapat di tempat lain.
Di Tambunan pulak terdapat sungai - sungai yang menarik. Disini jugak terdapat makam pahlawan iaitu makam Mat Saleh.
Tenom adalah tempat tanaman kopi terbesar di Sabah. Di Taman Pertanian Sabah, terdapat berbagai bagai taman antaranya buahan, buahan tropika, orkid, tumbuhan air, bunga kertas, binatang, ikan. Perkhidmatan tren disediakan untuk melawat setiap taman, kerana kawasannya amat luas. Penulis telah mengambil keputusan bermalam di chalet yang terletak di dalam Taman Pertanian Sabah, kelebihannya kita dapat merasa berbagai jenis buah-buahan di dalam taman tersebut secara percuma, tetapi tidak dibenarkan di bawa pulang.

Jatuh Cinta Kali ke 2

Bertemu kita kembali, jatuh cinta saya kali ke 2 pada Gunung Kinabalu. Dulu kali pertama saya daki pada tahun 2004. Disebabkan belum puas, saya telah mengambil keputusan untuk mendaki kali kedua pada 12 mac 2006. Kali ini saya buat sendiri berbanding dengan yang pertama di taja oleh Pihak TLDM. Perancangan telah di buat seawal 2 bulan dari tarikh mendaki. Saya telah mengumpul seramai 7 org dalam kumpulan saya. Sebulan sebelum pergerakkan, saya telah membuat tempahan di Pejabat Taman Kinabalu di Kota Kinabalu. Kos penginapan,guide,pengangkutan,insuran,permit mendaki dan sijil, lebih kurang setiap org dikehendaki membayar RM 135.00 (tidak termasuk makanan).
Kami mula bertolak ke Taman Negara pada 10 mac 2006, dengan kenderaan dari Kota Kinabalu seawal jam 6.00 pagi,dan sampai di Taman Negara Kinabalu jam 0730. Tanpa membuang masa kami terus mendaftar untuk mendaki. Guide kami pada kali ini John Nusir Siur, kami di bawa dengan kenderaan ke Timpohon Gate bagi memulakan pendakian ke puncak. Kami mula mendaki dari Timpohon Gate jam 09.00 pagi. Ini pendakian kali ke 2 saya, pengalaman pertama dulu, saya gunakan sepenuhnya. Bersama- sama kami pada kali ini budak2 Maktab Perguruan dari Tawau. Untuk pengetahuan pembaca sekiranya saudara tidak ingin membawa barang, ada perkhidmatan membawa barang ke atas, bayaran dikenakan 1 kg RM 3.00. Saya amat kagum dengan pekerja2 yg membawa barang ke atas puncak, kebanyakkan usia telah menjangkau ke 50 an termasuk wanita pon ada, begitu gigih membawa barang2. Cuma anda bayangkan 2 tong gas 14 kg setiap satu dibawa ke atas dengan selamba jer.
Saya dan kumpulan sampai di tempat penginapan Laban Rata jam 1.15 ptg. Kami ambil bilik yang dilengkapi dengan pemanas bilik. suhu kali ini tak sejuk mcm kali pertama saya mendaki sekitar 9c saja.
Pada jam 2.45 pagi kami mula mendaki ke Puncak. Saya memperlahankan langkah kerana nak bagi sampai lewat sedikit, untuk menikmati keindahan matahari terbit.Pengalaman pertama dahulu, sampai awal,keadaan masih gelap. Saya sampai ke Puncak untuk kali ke 2 pada jam 0730 pagi, dapatlah melihat pemandangan yang cantik, ketika matahari terbit.
Kami mula turun pada jam 0815 dan sampai di Taman Negara Kinabalu pada jam 4.30 ptg.
Terima Kasih Kinabalu,Jika umur panjang ada peluang lagi,sudah pasti saya akan menakluki lagi.

Jatuh Cinta

Assalamualaikum.bertemu kembali di ruangan ini, kali ini saya ingin menceritakan pengalaman pertama saya jatuh cinta dengan gunung kinabalu iaitu gunung yang tertinggi di asia tenggara dengan ketinggian 4095.2m. Pendakian saya bermula pada 28 nov 2004, kami bertolak dari Labuan dengan menggunakan feri ke Kota Kinabalu, lebih kurang 3 jam 30 minit kami sampai di bandaraya kota kinabalu. Kami meneruskan perjalanan kami ke Taman Negara Kinabalu lebih kurang perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit,kami di paparkan dengan keindahan alam semulajadi yang masih segar di sepanjang perjalanan kami. Kami tiba di Taman Kinabalu pada jam 3.30 petang. Setelah diberi taklimat ringkas oleh pegawai taman kinabalu, kami pon telah mendaftar di tempat penginapan masing2. Pada petang tersebut kami acara bebas. Cuaca amat sejuk sekali pada masa itu lebih kurang 10c. kabus amat tebal sehinggakan jarang penglihatan amat terhad,walaupon jam 5.00 ptg, untuk bergerak ke satu tempat, terpaksa menggunakan lampu picit.
Setelah selesai makan malam,kami dikehendaki hadir di dewan taklimat untuk mendengar taklimat keselamatan semasa pendakian keesokkan harinya. antara syarat yang wajid kena ada adalah memakai topeng muka, sarung tangan, baju hujan, lampu suluh beserta tali. kami juga tidak dibenarkan membuang sampah atau merosakkan tumbuh tumbuhan sepanjang perjalanan.
Pada29 Nov 2011, jam 6.00 pagi kami semua berkumpul di dewan makan untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak Taman Negara Kinabalu. Selesai sarapan jam 0730 kami semua telah mendaftar untuk mendaki gunung kinabalu. Kami telah dipecahkan oleh beberapa kumpulan setiap kumpulan mempunyai seorang guide yang telah dilantik oleh Taman Negara untuk mengiringi kami sepanjang perjalanan tersebut. Guide kumpulan saya ialah Petrus duli, setiap orang juga telah dibekalkan tag nama dan nombor, nombor saya ialah AC29(005).ini adalah pengenalan diri. Kami di bawa dengan bas menuju ke tempat permulaan pendakian iaitu Timpohon Gate.Timpohon Gate adalah check point pertama bagi semua org yang mengunakan laluan ini. Selain Timpohon Gate,pengunjung boleh menggunakan laluan kedua iaitu Mersilau Gate.
Jam 0915 pagi kami telah memulakan pendakian kami,setelah nama direkodkan di Timpohon Gate, kami memulakan langkah masing2 dengan penuh semangat, diriingi dengan gerimis. pemandangan sekeliling amat menakjubkan,masing2 mengambil kesempatan merakam gambar. Setiap 1 km pihak pengurusan Taman Negara telah menyediakan pondok rehat dan tandas serta dibekalkan dengan air bersih. Nasihat saya kepada sesiapa yang nk mendaki, sudah memadai membawa air 500ml cukup,sebab setiap 1 km ada bekalan air. Pendakian semakin sukar, ada yang semput mcm kekurangan oksigen saja, untuk pengerakan 1km kadang mengambil masa sampai 1 hingga 2 jam. Saya paling teruja pada peringkat pertengahan pendakian,dimana tumbuh - tumbuhan renek yang amat cantik, terlalu sukar nak gambarkan. itulah indahnya alam ciptaan ilahi. pada jam 1.30 tengahari kumpulan kami telah sampai ke tempat rehat iaitu di Laban Rata. kami menginap di situ dan untuk mengumpul tenaga, untuk menyambung pendakian pada jam 2 pagi nanti. Kumpulan terakhir sampai pada jam 6 petang. Suhu di Laban Rata 7C. kalau tuan2 nk ke tandas,terpaksa guna air yg dimasak terlebih dahulu,kerana air terlalu sejuk. Semua jenis minyak panas aku sapa di badan nk bagi badan panas,tetapi cuma boleh bertahan 5 minit saja, lepas tu sejuk. Baju yang dipakai 5 lapis, masih sejuk.
Pada jam 1.45 pagi kami dikejutkan oleh Guide, setelah semua selesai minum dan makan, kami mula pendakian untuk meneruskan ke puncak gunung kinabalu, kami mula bertolak jam 2 .00 pagi. Pendakian kali ini lebih mencabar kerana pada waktu malam, dan terpaksa menggunakan tali,kami bergerak dalam kumpulan berpadukan garis panduan tali. amat sukar kerana pada ketinggian ini,kami kekurangan oksigen.ada diantara kami berputus asa untuk berpatah balik kerana tidak sanggup menyahut cabaran. Saya bertekad untuk meneruskan pendakian dengan melawan cuaca yang teramat sejuk. kulit terbakar sejuk. Akhirnya pada jam 0645 pagi pada 30 nov 2004, saya telah berjaya berada di atas puncak Gunung Tertinggi di asia tenggara. Bersyukur saya pada ilahi kerana dengan izinnya saya dapat menjejak kaki di atas puncak tersebut. Saya berada di atas puncak tersebut lebih kurang selama 2 minit, kerana ia terlalu sempit hanya boleh memuatkan 5 org saja pada, satu satu masa,cuaca pada masa tersebut 2C, amat menyesakkan. Setelah bergambar saya mula turun, matahari mula keluar, pemandangan teramat indah. Semasa penjalanan turun kami dapat saksikan laluan yang kami lalu, jurang amat tinggi,kalau mendaki pada waktu siang mungkin ada yang tidak sanggup mendaki, disebabkan malam, tidak nampak. Perjalanan turun lebih menyiksakan dari mendaki sebab perlu pada kekuatan lutut. Akhirnya pada jam 4 .00 ptg kami selamat tiba di Taman Negara Kinabalu. Setelah memdapat sijil dari pihak Taman Negara , Kami bertolak ke Air Panas Poring bagi merehatkan diri. Ada diantara kami tidak dapat sijil kerana mendaki tidak sampai ke Puncak. Terima Kasih Kinabalu.

Kenali Diri

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Senikata lagu yang baik, daripada kumpulan Rabbani.Sama-samlah kita berfikir di manakah kita sebenarnya. Apa yang kita miliki hanyalah sementara.

Northen Livinian


Ni gambar semasa konvoi TT NL Langkawi,tempohari. Alhamdulillah walaupon sibuk gan tugas2 seharian, sempat jugak layan TT gan kawan2. Ahli2 dari langkawi pon semakin hari semakin bertambah. Kepada kawan yang mempunyai nissan livina yang masih belum menyertai NL, mai la kita memeriahkan lagi Group NL terutama kepada yang tinggal di Langkawi. Semoga aktiviti ini akan diperbagaikan lagi, supaya bertambah meriah. Good Luck NL.

Perkhemahan Keluarga Bahagia 1/11


10 Jun 11. Alhamdullilah dapat sekali lagi dapat berkumpul dengan rakan rakan, cuma kali ini dalam suasana lain sedikit. kali ini kami berkumpul dan berkhemah, lokasi yang di cari adalah Pantai Taman Lagenda, Langkawi. Tema yang kami bagi adalah Keluarga Bahagia kerana kebanyakkan telah pon berkeluarga, tetapi ada juga anggota bujang yang turut serta. Lebih kurang 16 khemah telah didirikan. Acara ini bermula seawal jam 4.30 petang dan berakhir pada jam 9.30 pagi keesokkan harinya. Yang paling menarik disini adalah pendekatan dan konsep yang kami guna pakai iaitu konsep gotong royong saling bantu membantu, disini dia siapa bos dan tiada siapa kuli, semuanya sama walaupun diantara kami terdiri dari berbagai latar belakang. banyak aktiviti telah dilaksanakan di mulai dengan acara cari bronok pada sebelah pagi untuk di buat kerabu, sebelah petang acara potong kek semperna hari jadi siti nurhani Umaira. Ada dikalangan kami terlalu teruja,sehingga seawal jam 4 petang sudah siap pasang khemah,sedangkan plan asal bermula jam 5.30 ptg. Memang menarik berbagai masakan dan makanan yang di bawa, antaranya BBQ ayam. Paling menarik turut serta zul dari bernama dan dj sue,dj Lyin, dj AA dan dj Lisham turut serta bersama kami. Acara Camp Fire pon ada. Aktiviti kami makan dan sembang sampai ke pagi, tak tido langsung. pada keesokkan pagi di sambung pulak gan bola tampar pantai. Aktiviti berakhir pada jam 9.30 pagi. Sememangnya kami semua terhibur dan paling gembira anak- anak dapat berpeluang berkhemah. Ucapan Jutaan terima kasih kami ucapan kepada pihak LADA kerana telah memberi kebenaran kepada pihak kami. Semoga xtvt ini akan berterusan. JANJI HAPPY

Pelancaran Justin Group Langkawifm


Alhamdulillah pada28 mei 11, terlaksana sudah majlis pelancaran dan perasmian Justin Group Langkawifm, yang disempurnakan oleh pengarah penyiaran malaysia bahagian radio. Tujuan penubuhan Justin Group Langkawifm adalah mengumpul rakan rakan pendengar radio langkawifm. Majlis ini telah diadakan oleh Justin Group Langkawifm dengan Kerjasama Stesen Radio Langkawifm. Semasa pelancaran ini di adakan kelab peminat dari kedahfm juga turut serta sebagai jemputan. Banyak aktiviti yang telah dilaksanakan, antaranya sukaneka bagi mengeratkan lagi hubungan antara Justin Group Langkawifm bersama dengan kakitangan Langkawifm. Apa yang menarik semasa majlis ini berlangsung, turut di sertai oleh pangarah langkawifm yg cukup sporting. Antara dj yang hadir semasa majlis tersebut ialah dj selina. dj sufina, dj laili,dj sue, dj az, dj lyin, dj nurul, dj aa, djLisham dan banyak lagi. Rata rakan rakan Justin Group Langkawifm berpuas hati terutama peminat setia pendengar langkawifm kak timah dari Parit Buntar. Semoga majlis sebegini boleh dijadikan sebagai contoh untuk stesen2 radio lain,bg memikat hati pendengar.

Keluarga Bahagia


Pada 24 hb Julai 11, saja jer tak ada kerja. jadi kami pon pi la lepak2 kat taman kanak kanak sampai kul 1 pagi baru balik. Padahal baru jer seminggu lepas,buat perkhemahan di citu. Apa apa pon memang best,boleh tgk telatah anak2.dan juga borak2 sampai pagi. Apa2 pon janji happy. Semua perhubungan ini kan berterusan, dan dapat kita menjalankan lebih banyak lagi aktiviti kita. paling best sekali lepak santai ini, turut serta 2 dj langkawifm iaitu dj sue gan dj selina. mereka memang sporting. enjoy.

Keluarga Bahagia